Sabtu, 9 April 2011

DISNEYLAND HONG KONG

Alhamdulillah akhirnya sampai jgk Kak_Jah ke sini.

Cantik!

Bersih!

Seronok!


Jumaat, 11 Mac 2011

MESSAGE FROM EMAIL



This is a powerful message in our modern society. We seemed to have lost our bearings & our sense of direction.

One, young, academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview. The director who did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research. He never had a year when he did not score.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?" The youth answered "none".

The director asked, " Was it your father who paid for your school fees?" The youth answered, "My father passed away when I was one year old. It was my mother who paid for my school fees."

The director asked, " Where did your mother work?" The youth answered, "My mother worked as a clothes cleaner. The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked, " Have you ever helped your mother wash the clothes before?" The youth answered, "Never, my mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me."

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands and then see me tomorrow morning."

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, but with mixed feelings, she showed her hands to her son.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tears fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled and that there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes every day to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes and asked, " Can you tell me what you did and learned yesterday in your house?"

The youth answered, " I cleaned my mother's hands, and also finished cleaning all the remaining clothes.'

The Director asked, " Please tell me your feelings."

The youth said, Number 1, I know now the meaning of appreciation. Without my mother, there would not be the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only now I realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said, " This is what I am looking for in my new manager.
I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. Son,you are hired."

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been over protected and habitually given whatever he or she wanted, would develop the entitlement mentality and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. This kind of person, may be good academically and may be successful for a while, but eventually would not feel a sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more.
If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, eat good meals, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let him experience it. After a meal, let him wash his plates and bowls together with his brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love him in the right way. You want him to understand, no matter how rich his parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young man . The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

Tepat betul isi kandongan email ni.

Khamis, 17 Februari 2011

KELEBIHAN KISMIS




i) APA ITU KISMIS ?

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

ii) KANDUNGAN KISMIS

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.


iii) KELEBIHAN KISMIS

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.


Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”

Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:

a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan

b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan

c) Melawaskan pembuangan air besar

d) Melindungi hati

e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit

f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

g) Membantu sebagai penerang hati

h) Membantu menguatkan hafalan

i) Membantu menajamkan mata dan minda

j) Membantu memulihkan keletihan saraf

k) Membantu menguatkan daya ingatan

l) Membantu mengurangkan stress

m) Membantu merawat penyakit histeria

n) Membantu merawat penyakit gementar

o) Membantu merawat penyakit anemia

p) Membantu merawat masalah sembelit

q) Membantu merawat masalah pelupa

r) Menambah fahaman serta minat belajar

s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.


Dipetik daripada http://coklatkismisdoa.com/?page_id=11

Rabu, 12 Januari 2011

BAGAIMANA MENGHADAPI KRITIKAN



Dipetik dari iluvislam.com

Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan anda

Dalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan anda di khalayak ramai.

Jika anda dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya anda kekal bermotivasi?

Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.

01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.

Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.

Lupakan kata-kata yang mengkritik anda, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara anda mempelajari sesuatu.

Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar anda membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat anda tidak bermotivasi.

02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.

Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati anda membara, panas sebab dikritik dan telinga anda pedas mendengar suara si pengkritik.

Turunkan ego anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.

Untuk anda kekal bermotivasi, anda juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu anda bahawa tindakan anda salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'.

Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya anda mempunyai peluang.

03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.

Sehebat manapun anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri anda lebih bagus dari orang lain.

Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.

Bentuk diri anda agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!

Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya anda berpuas hati dengan apa yang anda berjaya capai.

Dengan itu, anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, anda hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.

Lantas anda tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.

Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!

Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, anda akan sentiasa bermotivasi!




Ahad, 2 Januari 2011

PERBEZAAN DI ANTARA ANAK LELAKI DENGAN ANAK PEEREMPUAN



Dalam usaha memahami perkembangan kanak-kanak, khususnya perbezaan individu di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan, artikel ini sesuai untuk bahan bacaan semua (penjaga dan guru-guru khususnya guru-guru Prasekolah). Artikel ini dipetik dari laman-web ini http://www.iluvislam.com

Selamat membaca.

Soalan : Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya mempunyai sepasang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan, akan masuk Darjah Satu tahun ini. Masalah saya ialah anak perempuan saya sejak di tadika lagi jauh mendahului abang kembarnya dari segi prestasi sekolah. Dia cepat pandai membaca, mengira dan sebagainya berbanding abang kembarnya yang malas membaca dan jauh lebih suka menghabiskan masa bermain terutama di padang permainan. Saya hairan bagaimana ini boleh berlaku sedangkan mereka sebaya, sekelas dan diajar oleh guru yang sama.

Jawapan :

Waalaikumsalam. Secara amnya, pakar pskologi berpendapat memang terdapat perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan. Walaupun kedua-dua anak lelaki dan perempuan mengalami proses pembesaran, mereka mengalaminya pada masa yang berbeza dan tidak semestinya pada usia yang sama.

Sebaya Tetapi Tidak Sama

Kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa perkara, anak perempuan membesar lebih cepat daripada anak lelaki, manakala dalam perkara-perkara lain, anak lelaki pula membesar lebih cepat berbanding anak perempuan. Contohnya, semasa kecil, anak perempuan mempunyai daya pendengaran yang lebih kuat manakala anak lelaki pula mempunyai daya penglihatan yang lebih kuat. Tetapi ini hanyalah satu kecenderungan dan tidak semestinya dialami oleh setiap anak lelaki dan perempuan. Begitu juga kebolehan membaca, menulis dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini disebabkan cara otak anak perempuan dan anak lelaki itu berkembang. Namun setiap anak membesar mengikut rentak atau blue print nya sendiri. Tiada pelan mutlak untuk peringkat pembesaran anak lelaki mahupun anak perempuan.

Anak Lelaki Kurang Bijak?

Di Malaysia, terdapat kecenderungan di kalangan sesetengah ibu bapa dan tenaga pengajar yang mengatakan anak lelaki kurang bijak berbanding anak perempuan.

Perlu diingat, murid lelaki biasanya memerlukan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Mereka merasa resah dan gelisah serta sukar menerima apa yang diajar sekiranya terpaksa berdiam diri dan hanya mendengar apa yang diajar guru. Sukar bagi seorang anak lelaki untuk belajar jika cara penyampaian membosankan. Apa yang mahu saya tekankan di sini ialah, kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat anak lelaki tidak semestinya sama dengan anak perempuan.

Pun begitu, kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di dalam apa yang boleh dipelajari oleh anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya sama mampu mencapai apa yang mereka impikan asalkan sanggup berusaha bersungguh-sungguh.

Berikan Tumpuan Seimbang

Berikan perhatian kepada anak lelaki sama seperti yang diberikan kepada anak perempuan. Galakkan dia bercerita tentang dirinya, kawan-kawannya dan saat-saat gembiranya setiap hari. Kenal pasti aktiviti yang diminatinya. Sekiranya dia gemar melakukan uji kaji sains contohnya, belilah barang-barang yang diperlukan agar dia boleh melakukan uji kaji itu sendiri. Secara amnya, anak lelaki gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan tangan. Mereka suka membina dan memotong bahan-bahan dan melihat sendiri hasil kerja tangan mereka terbentuk. Paling penting, lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersamanya.

Anak Lelaki dan Minat Membaca

Yang saya maksudkan dengan 'membaca' ialah: Memupuk tabiat suka membaca selain daripada buku sekolah. Ini kerana, apa yang ditemui dalam buku-buku sekolah amat terhad dari segi kandungannya.

Beberapa idea yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak lelaki membaca:

•Wujudkan suasana rumah yang mesra pembaca. Sediakan ruang membaca. Letakkan lebih banyak rak buku dan majalah di rumah. Pergilah membeli-belah buku bersama-sama dengan anak lelaki anda. Pekalah dengan pesta-pesta buku.Perkenalkan dia kepada apa jua buku-buku yang terdapat di luar sana, sesuai dengan umurnya. •Membaca di hadapannya. Anak lelaki perlu melihat ibu bapa mereka juga membaca. Ceritakan apa yang menarik di dalam buku atau majalah yang dibaca. •Bacakan buku untuknya. Setiap hari, luangkan masa untuk membaca buku kepada anak anda. Minta dia pilih buku ceritanya sendiri. Sesetengah ibu bapa suka membaca untuk anak kecil tetapi berhenti berbuat demikian apabila anak tersebut melangkah ke alam persekolahan. Alasan yang diberikan ialah kerana anak itu sudah pandai membaca sendiri. Sebenarnya saat-saat apabila seorang ibu atau bapa membacakan sesebuah buku cerita adalah sangat istimewa bagi seseorang anak itu. Bacalah dengan intonasi yang menarik, mengikut jalan cerita, bukan setakat untuk melepaskan batuk di tangga. Anak bongsu saya sudah berusia 12 tahun tetapi sehingga hari ini saya masih membaca novel kegemarannya untuknya apabila diminta! •Jangan paksa anak lelaki membaca sesuatu yang tidak diminatinya. Seboleh-bolehnya, bantu anak lelaki untuk memilih sendiri buku-buku kegemarannya. Jadikan pengalaman membaca sesuatu yang menyeronokkan.Anak Lelaki Dan Testosteron

Mengenai kecenderungan anak lelaki untuk bermain di luar: Anak lelaki mengalami kitaran testosteron yang boleh menyebabkan perubahan-perubahan ketara pada umur tertentu. Pada usia empat tahun, mereka aktif dan berkelakuan kebudak-budakan. Pada usia lebih kurang 13 tahun, mereka melalui pembesaran yang cepat dan adakalanya berasa sukar untuk menyesuaikan diri. Pada usia 14 tahun, mereka akan mula mencuba perkara-perkara baru dan melangkah ke alam kedewasaan. Setiap anak lelaki unik, tetapi testosteron lah yang bertanggungjawab di atas pembesaran mereka dan membuatkan mereka aktif. Testosteron ialah hormon yang memberikan seseorang anak lelaki ledakan tenaga yang tinggi dan membuatkan dia terangsang untuk aktif bermain di luar. Ini suatu perkembangan yang sihat dan perlu difahami dan disokong oleh setiap ibu bapa.

- Artikel iluvislam.com

Biodata KolumnisJamilah Samian seorang Certified Professional Trainer (CPT) dan aktif dalam Toastmasters International. Beliau berkelulusan Ijazah Psikologi dari Upper Iowa University (USA), Ijazah Sains Komputer dan Matematik dari Indiana State University (USA) dan Diploma Penulisan dari London School of Journalism (UK). Beliau adalah penulis buku "Cool Mum Super Dad" dan "Cool Boys Super Sons." Sebuah ungkapan yang paling beliau gemari adalah "I believe in the amazing human capacity to change for the better."