Ahad, 27 Jun 2010

HARI PERTAMA KERJA

Hari pertama kerja.....
Sampai ja kat opis terus paksa selesaikan maasalah! Adakah hal yang dah berkurun pun nak diungkit semula! Tak masuk akal langsung!

Pas tu paksa hadiri meeting!
Belumpun selesai satu masalah datang lagi masalah baru!

AH! STRESSNYAAAAAAAAAAAAA..............................







glitter-graphics.com

AH....BESOK MULA KERJA!

Setelah 2 minggu berlalu, akhirnya sampai juga ke hari terakhir percutian Kak_Jah. Cuti kali ni Kak_Jah melancong dekat ja...cuma pergi KK 2 hari tuk shopping (Kota Kinabalu). Selebihnya Kak_Jah habiskan di rumah. Buat apa-apa yang patut...selesaikan apa-apa yang belum selesai sambil sesekali menjenguk keluar memerhatikan barisan kereta yang panjang di jalan raya depan rumah yang menunggu giliran menaiki feri untuk menyeberang sempadan.

Terasa cepat ja 2 minggu tu berlalu.....besok dah mula kerja!
Ahhhhhhhh terasa malas plk nak gi kerja besok..........
Dah seronok sangat cuti ....tak banyak hal yang nak difikirkan.

Tapi.............cuti dah habis! mau tak mau terpaksalah pergi kerja.





glitter-graphics.com

Sabtu, 26 Jun 2010

TERIMA KASIH ATAS INGATAN SEMUA

Tahun ni masih ingat juga mereka raikan hari jadi ni walaupun tanpa dipinta seperti tahun-tahun lepas.
Ah......dah tua-tua ni pun masih raikan hari jadi?...Cam budak-budak!
Tak apalah..... Dalam usia begini sambutan hari jadi tu tak penting (jika ada yang nak raikanpun tak ditolak heheheee ).
Yang paling penting ingatan kalian!
Terima kasih ye.

Inilah kek tahun ni. Cantikkan!
Kasian rosak sikit kek ini maklum sajalah kek ni dibeli di bandar dan melalui perjalanan yang jauh. Tapi......bentuknya unikkan!....maklum sajalah pembelinya peminat handbeg. Setiap kali Kak_Jah melancong jauh dia pasti pesan handbeg.





Terharu Kak_Jah menerima kad ucapan hari jadi ni. Walaupun hanya sekeping kertas putih dan tulisannya tak secantik mana, tapi......ertinya besar bagi Kak_Jah.



Budak kedua nilah yang buat kad tu.
Terima kasih ye KA dan DIK

Tengoklah tu.....kita yang hari jadi dia berdua plk yang semangat potong kek. Langsung tak sabar-sabar!


Alahaiiii si adik ni....... selera sungguh dia makan.
Kajap pejam mata...kajap menjeling heheheeee


SAYANG KALIAN SEMUA!


Rabu, 23 Jun 2010

APA NI?


Apa ni?
-
-
-
-



Ada dua!
Cute kan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ooooo mini fans!.....
Salah satu oleh-oleh dari Guangzo tempoh hari.
Sebut pasal Guangzo...tak ada benda lain yang terlintas dalam fikiran...SHOPPING! Barang-barang di sana dijual dengan harga yang sangat murah! Apapun denda yang hendak dicari memang ada di sana dan harganya memang menyenangkan hati.
Kipas ni harganya hanya lebih kurang RB$1.00...apa lagi kami boronglah kipas-kipas tu untuk oleh-oleh (malangnya stok tak banyak...tak sampai 30 biji).
Minggu lepas semasa saya pergi ke kedai buku di sini, saya ternampak kipas yang serupa ni ada dijual ..... tapi ....harganya ... alahaiiiii..... RB$5.00!

Kipas ni sebetulnya adalah kipas mainan budak-budak tapi sekarang dah disalah gunakan oleh mak budak-budak..... Dah dijadikan assessori mak budak semasa pergi jemputan kawin untuk menggantikan kipas kertas supaya tak terasa panas semasa berada di kem jemputan hehehheee.
Inilah kerenah hidup manusia!



Isnin, 21 Jun 2010

LEGA....CUTI SEKOLAH DAH HABIS

Alhamdulillah ..cuti sekolah dah habis. Sekaligus masalah yang dihadapai juga berakhir buat seketika. Apa tidaknya sebaik sahaja musim cuti sekolah sampai, setiap kali itulah masalah itu datang dan terpaksa dihadapai. Malah adakalanya masalah itu datang sebelum musim cuti sekolah bermula. Entahlah sampai bila masalah ini akan berlarutan.



Inilah masalah yang dimaksudkan.
Setiap kali musim cuti sekolah pasti barisan kereta akan panjang di kawasan sini. Ini adalah disebabkan kereta-kereta tersebut terpaksa menunggu giliran untuk menaiki feri menyeberangi sempedan (Temburong - Limbang). Adakalanya setiap kereta terpaksa mengambil masa 4 ke 5 jam berbaris untuk menyeberangi sempadan. Tapi...entahlah..dah namanya kerenah hidup...hal tersebut seolah-olah tidak mendatangkan masalah bagi mereka.
Tapi..bagi kami yang tinggal di kawasan sini hal tersebut mendatangkan masalah besar. Disebabkan barisan kereta yang panjang itulah kami tidak bebas pergi ke mana-mana. Kami seolah-olah berada dalam keadaan perintah berkurung yang tidak rasmi. Apa tidaknya, setiap kali kami hendak keluar ke jalan utama kami tidak diberi laluan oleh pemandu kereta yang sedang berbaris (kononnya kami hendak memotong barisan mereka!). Untuk masuk semula ke simpang rumah pun jadi masalah (walaupun rumah sendiri!). Adakalanya terpaksa meninggikan suara atau pihak polis masuk campur barulah kami diberi laluan. AH...... membosankan sekali! Di manakah etika mereka sebagai pengguna jalan raya !
Dalam keasyikkan mereka berbaris itu tentunya mereka merasa lapar dan dahaga. Ah.....soal makan dan minum itu tidak menjadi masalah. Itu hal mereka. Tapi.....bagaimana sedap sekalipun makanan atau minuman tersebut, janganlah sampahnya dibuang di sepanjang jalan. Ini lagi kerenah yang sumgguh menjejekkan! Bukan hanya menyakitkan mata tapi juga menyakitkan hati! Rumput yang berwarna hijau sepanjang jalan tiba-tiba menjadi berwarna-warni dengan longgokan sampah!

Sekarang........ cuti sekolah dah habis.............


Jalan raya jadi sunyi. Tidak ada lagi barisan kereta yang panjang. Perjalanan kami tidak lagi terhalang. Bebas untuk sementara!


Kawasan sempadan pun menjadi sunyi.

LEGA .....................


Sabtu, 19 Jun 2010

BEIJING MAC 2010: LAWATAN

Jadual aktiviti semasa berada di Beijing pada sekali. Setiap hari dipenuhi dengan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan menarik.


Tiananmen Square




Probidden City








Imperial Garden yang terdapat dalam kawasan Probidden City




Summer Palace




BEIJING MAC 2010: KEHALUSAN SENI

Sepanjang lawatan, hasil kehalusan seni dapat dilihat di mana-mana.
Cantik sekali!







Ukiran naga menjadi motif utama