Rabu, 2 Jun 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI





Cuti sekolah datang lagi.
Sesiapa saja tentu merasa seronok apabila cuti bermula..sama ada cuti sekolah ataupun cuti bekerja.
Keseronokan yang dirasa tidaklah sama dengan apa yang dirasa apabila tiba hari penghujung cuti...Emmm hari pertama memulakan persekolah atau pekerjaan..Itulah KERENAH HIDUP.

Cuti kali ni tentu ramai yang akan pergi melancong, sama ada dekat ataupun jauh.
Lapangan terbang tentu akan menjadi tumpuan ramai. keadaan di sana tentu akan menjadi lebih sibuk berbanding dari hari-hari biasa.
Barisan kereta yang akan menyeberangi sempadan tentu akan lebih panjang hingga berlipat ganda "kilometer" tak ubah seperti perarakan kereta yang tak berhias. Perjalanan yang biasanya hanya memakan masa beberapa minit akan menjadi beberapa jam.
Pekerja-pekerja di pos-pos imigeresin tidak akan cukup tangan untuk mencop paspot para pengunjung.
Pekerja-pekerja feri tidak akan ada masa untuk berehat hingga tengah malam untuk melayani kereta-kereta yang akan menyeberangi sempadan melalui sungai.
Penduduk-penduduk kampung sepanjang jalan yang terlibat perbarisan kereka menuju ke feri akan kembali resah kerana menghadapi masalah jika hendak keluar dari simpang rumah masing-masing.

Walau terpaksa menempuh suasana yang luar biasa dari hari-hari biasa...perbarisan yang amat panjang dari biasa....perjalanan yang lama terlalu luar biasa ..... mendatangkan masalah yang bukan biasa....percutian dan aktiviti melancong tetap diteruskan.
Itulah .......KERENAH HIDUP.