Isnin, 21 Jun 2010

LEGA....CUTI SEKOLAH DAH HABIS

Alhamdulillah ..cuti sekolah dah habis. Sekaligus masalah yang dihadapai juga berakhir buat seketika. Apa tidaknya sebaik sahaja musim cuti sekolah sampai, setiap kali itulah masalah itu datang dan terpaksa dihadapai. Malah adakalanya masalah itu datang sebelum musim cuti sekolah bermula. Entahlah sampai bila masalah ini akan berlarutan.



Inilah masalah yang dimaksudkan.
Setiap kali musim cuti sekolah pasti barisan kereta akan panjang di kawasan sini. Ini adalah disebabkan kereta-kereta tersebut terpaksa menunggu giliran untuk menaiki feri menyeberangi sempedan (Temburong - Limbang). Adakalanya setiap kereta terpaksa mengambil masa 4 ke 5 jam berbaris untuk menyeberangi sempadan. Tapi...entahlah..dah namanya kerenah hidup...hal tersebut seolah-olah tidak mendatangkan masalah bagi mereka.
Tapi..bagi kami yang tinggal di kawasan sini hal tersebut mendatangkan masalah besar. Disebabkan barisan kereta yang panjang itulah kami tidak bebas pergi ke mana-mana. Kami seolah-olah berada dalam keadaan perintah berkurung yang tidak rasmi. Apa tidaknya, setiap kali kami hendak keluar ke jalan utama kami tidak diberi laluan oleh pemandu kereta yang sedang berbaris (kononnya kami hendak memotong barisan mereka!). Untuk masuk semula ke simpang rumah pun jadi masalah (walaupun rumah sendiri!). Adakalanya terpaksa meninggikan suara atau pihak polis masuk campur barulah kami diberi laluan. AH...... membosankan sekali! Di manakah etika mereka sebagai pengguna jalan raya !
Dalam keasyikkan mereka berbaris itu tentunya mereka merasa lapar dan dahaga. Ah.....soal makan dan minum itu tidak menjadi masalah. Itu hal mereka. Tapi.....bagaimana sedap sekalipun makanan atau minuman tersebut, janganlah sampahnya dibuang di sepanjang jalan. Ini lagi kerenah yang sumgguh menjejekkan! Bukan hanya menyakitkan mata tapi juga menyakitkan hati! Rumput yang berwarna hijau sepanjang jalan tiba-tiba menjadi berwarna-warni dengan longgokan sampah!

Sekarang........ cuti sekolah dah habis.............


Jalan raya jadi sunyi. Tidak ada lagi barisan kereta yang panjang. Perjalanan kami tidak lagi terhalang. Bebas untuk sementara!


Kawasan sempadan pun menjadi sunyi.

LEGA .....................