Setiba rombongan kami di Kota Beijing, 20 Mac 2010 yang lalu, hari telah gelap. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel hanya cahaya lampu dari bangunan dan jalan raya yang dapat dilihat. Keesokan harinya barulah keindahan Kota Beijing dapat dilihat dengan jelas.
Malangnya, disebabkan cuaca masih sejuk (tapi taklah sesejuk pada bulan Disember dan saljipun dah tak ada) semua pohon kelihatan kering. Jangankan bunga, daun pun tak kelihatan. BUNGA MASIH MALU.
Ahhhhhhh boringnya! Tak berpeluanglah melihat bunga-bunga segar kali ni.

Tapi di sebahagian tempat ada juga pepohon yang sudah mengeluarkan puput. Tentunya Beijing akan bertukar wajah apabila semua puput tersebut kembang mekar. Ahhhh..... ruginya tak berkesempatan melihat keindahan tu nanti.
Akhirnya jumpa juga bunga yang sedang kembang di kawasan Kota Terlarang. Ahhhh cantiknya! Syukur Alhamdulillah.
Kalau dah minat bunga tu di mana-mana pun mesti mencari bunga. Inilah KERENAH HIDUP!