Khamis, 3 Jun 2010

BUNGA MASIH MALU

Alhamdulillah sampai juga saya di tanah Beijing (20 Mac 2010) setelah sekian lama mengidamkannya. Cuaca di Beijing ketika tu masih sejuk tapi tidaklah sesejuk bulan Disember. Saljipun dah tak ada. Sesuai dengan keadaan cuaca, pohon-pohon masih kering tanpa daun. Bunga jauh sekali! Ahhhhh boringnya ..........bunga masih malu untuk menampakkan dirinya.







Tapi di sebahagian tempat kelihatan juga pohon-pohon yang dah mengeluarkan puput. Ini menandakan dalam masa yang terdekat ia akan kembang. Tentu pohon-pohon tu nanti akan bertukar wajah. Ah ruginya.........tak dapat menatap suasana tu nanti.



Akhirnya..jumpa jgk bunga yang sedang kembang di kawasan Istana Terlarang.
Syukur Alhamdulillah ... Cantiknya!