Rabu, 28 Julai 2010

TINGGAL KENANGAN

Kejidian 09 Februari 2008 hingga kini menjadi kenangan yang susah untuk dilupakan...telah menjadi peristiwa besar. Dulu.. kejadian begini sering juga berlaku, malah ada kalanya setiap bulan....tapi kejadiannya tidaklah sehebat dan sekejam kali ini......memusnahkan semuanya!

Terasa sayu hati apabila mengenangkan peristiwa itu. Apatah lagi jika pergi ke tempat peristiwa itu terjadi. Apa tidaknya, di situlah saya berkhidmat dalam tempoh masa yang agak lama...dari guru biasa hinggalah menjadi pentadbir sekolah. Pelbagai hal telah ditempohi di tempat itu... dari hal-hal yang manis hinggalah ke hal-hal yang pahit. Malah, adakalanya hal-hal yang masin dan masam terpaksa juga ditempohi .

Di tempat itu jugalah saya banyak belajar……
tentang erti sekolah bagi anak-anak yang terbiar...
erti pendidikan bagi anak-anak yang susah...
erti kehidupan bagi anak-anak yang senang.
Berbekalkan pemerolehan itulah saya cuba mendidik dan menyatukan mereka untuk tujuan yang sama ..."ke sekolah untuk menimba pelajaran buat buat masa depan, bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga tetapi juga untuk membangun negara".

Perasaan hiba dan sayu lebih terasa apabila ada wajah-wajah kecil di situ bertanya…
mengapa mereka terpaksa berpindah ke tempat lain...
mengapa saya tak ikut sama berpindah dengan mereka, dan ……
bilakah mereka akan kembali semula ke situ untuk menjadi menjalani aktiviti bersama seperti sebelumnya.

Peristiwa 09 Februari 2008 telah merubah semuanya.
Jika dulu……. di situ megah berdiri bangunan sekolah tempat saya mencurahkan bakti terhadap negara dan anak bangsa …. tapi kini semuanya telah menjadi kawasan tanah lapang.
Jika dulu …..di situ rioh dengan suara murid-murid menimba ilmu… tapi kini hanya bunyi burung yang kedengaran
Jika dulu …..di situ meriah dengan gelak ketawa guru-guru dan murid-murid….tapi kini ia sunyi sepi seperti tak pernah berpenghuni

Peristiwa itu jugalah ……….
telah menyebabkan saya hanyut terdampar di tempat kerja sekarang
telah merubah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan
telah memisahkan saya dengan guru-guru, kakitangan dan murid-murid tersayang
dan……
telah merubah segalanya.

Kini…
Semuanya hanya tinggal kenangan.


Seluruh kawasan sekolah terendam air selama 3 hari.

Paras air pada jam 8.00 pagi 09-02-2008

Paras air semakin naik sehingga mencecah 10 kaki pada sebelah petang dan menenggelamkan keseluruhan tingkat bawah bangunan sekolah.


Dalam keadaan yang mencemaskan ini budak-budak ini mengambil peluang berseronok main air.



"Misi menyelamat"

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasakan ketika itu.

"Ya Allah selamatkan kami"...Hanya ayat ini yang terlintas difikiran dan tak henti-henti diucapkan sepanjang perjalanan menuju ke bangunan sekolah yang jauhnya kira-kira 1 KM dari kawasan yang tidak dilanda banjir dan paras air yang tinggi dan arus yang deras.


Dengan bantuan anak-anak kampung kami berusaha menyelamatkan apa saja yang belum ditenggelami air.

Keperihatinan dan jasa kalian akan tetap dikenang.



Keadaan bilik darjah selepas banjir.

Tak ada satu pun yang dapat diselamatkan.


Sebahagian dinding sekolah telah roboh dan sebahagiannya hanyut dibawa air.


Beginilah keadaannya sekarang.
Demi keselamatan semua, sekolah ini terpaksa ditutup. Semua murid, guru dan kakitangan dipindahkan ke sekolah lain.