Khamis, 5 Ogos 2010

PESAN-PESANLAH

Dalam keasyikan kita mengharungi hidup seharian ini, kekadang kita terlimpas pandang dengan kerenah kita sendiri....terlupa dengan gerak laku kita.....

Tanpa disedari kita telah menyinggung perasaan orang lain ......menyesakkan telinga yang mendengar .....meluatkan mata yang memandang

Maka......
marilah kita berpesan-pesan di antara kita....
ingat mengingati mana-mana yang lupa....
tegur menegur mana-mana yang salah.


Jika berjalan di tanah rata,
Jangan mendonggak menadah langit,
Semut di kaki tiada kelihatan,
Jangan pula menunduk bumi,
Nanti tersungkur dalam belukar,
Biar berjalan dengan nyamannya,
Toleh ke kiri toleh ke kanan,
Semua yang ada jelas kelihatan.


Tegak buluh kerana lagaknya,
Semakin tegak semakin angkuhnya,
Jangan diikut buluh dengan lagaknya,
Angkuh tak bertempat buruk padahnya.

Tegak buluh tiada bertempat,
Jangan dipanjat jika gayat,
Jika angkuh tiada bertempat,
Bakal dikenang ke akhir hayat.


Tunduk padi kerana buahnya,
Buahnya lebat penuh isi,
Ikutlah rasmi padi dan buahnya,
Semakin menunduk semakin berisi.

Semakin menunduk semakin berisi,
Ibarat padi dengan buahnya,
Tiada rugi merendah diri,
Ilmu yang ada tiada kurangnya.