Syawal datang...Sawal pergi dan ......Syawal datang lagi.
Kenangan Syawal 1429 /Oktober 2008 kembali lagi.
Hati siapa yang tak hiba apabila terpaksa meninggalkan keluarga tersayang pada malam terakhir Ramadhan (jam 1 pagi). Tapi demi tugas arahan terpaksa juga dipatuhi. Untung juga malam tu anak bulan Syawal tak nampak. Kalau nampak alamatnya tambah haru lagi meninggalkan keluarga di malam takbir raya. Sebaik sahaja memasukki balai berlepas, mood raya terus hilang walaupun tempat yang akan dituju akan menyambut hari raya sebaik saja kami sampai di sana. Setelah 7 jam penerbangan, kami berhenti sebentar di Perth untuk tukar pesawat. Sebelah petang perjalanan disambung semula menunju ke Canberra, Australia. Kira-kira jam 8 malam barulah sampai ke destinasi. Yang terbayang di mata ketika tu hanyanya bayangan keluarga yang ditinggalkan.

Kak_Jah terpaksa menghadiri Early Childhood Australia Biennial Conference di Canberra, Australia selama 8 hari.
National Convention Centre tempat seminar diadakan. Syukur juga bangunan ni bersebelahan tempat tinggal (Crown Plaza Hotel).
Crown Plaza HotelDalam kesibukan menghadiri seminar, sempat juga merakam gambar untuk kenang-kenangan. Dan......yang paling tak lupa selesai seminar .....berangan membayangkan keluarga yang ditinggalkan dan juga.......kuih-kuih raya yang belum sempat dimakan.
Inilah kali pertama Kak_Jah berhari raya di perantauan..dan akan kekal dalam kenangan.