Selasa, 14 September 2010

SEMANGAT RAYA


Raya tahun ni ada perbezaan sikit dari Raya tahun-tahun lepas.
Raya pertama jalan raya depan rumah ni masih licin...
Raya kedua ....barisan kereta menunggu giliran menyeberang sempadan dah mula kelihatan tapi taklah panjang sangat...
Raya ketiga.....MASYAALLAH.....jumlah kereta yang berbaris berlipat ganda dari semalam..... lebih 2KM panjangnya! dari pagi hingga lebih jam 10 malam. Kita kat rumah ni jadi penghuni setia ... tak berani nak pgi mana-mana sebab susah nak minta laluan tuk keluar ke jalan raya utama. Last-last kita jadi penonton tanpa tiket mengikuti perkembangan barisan kereta depan ruman dan ada kalanya jadi pelapor tanpa bayaran jika ada kawan2 yang memerlukan info semasa (kawan2 yang berhajat nak ikut serta menyeberang sempadan tuk pergi ke bandar). Sebelah malam pemandangan menjadi lebih menarik daripada malam-malam sebelumnya....tak ubah seperti perarakan kereta yang dilengkapi dengan lampu cucul! Paling kasian ..pekerja feri...mereka terpaksa bekerja dari jam 6 pagi hingga lewat tengah malam!
Raya keempat ...jumlah kereta sunyi sikit.
Kemarin .....Raya kelima ....pemandangan raya ketiga berulang lagi!

INILAH SEMANGAT RAYA TAHUN NI


HARAP2 SEMUA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING. AMIN!