Isnin, 23 Ogos 2010

SALAH SIAPA?

Tetiba handphone berbunyi …

“U di mana ni?” pertanyaan dari sebelah sana.

“Kat ofis” Jawap si penerima panggilan pendek.

“U tak hadir meeting ke? kita kat sini sedang meeting ni” Tanya dari sebelah sana lagi.

“Ada meeting ke pagi ni?” Tanya penerima panggilan. Pertanyaan dari sebelah sana langsung tak dijawab sebab si penerima panggilan memang tak tahu langsung tentang meeting yang dimaksudkan. Jangankan makluman secara bertulis, makluman secara lisan pun tak pernah didengarnya dari pegawai atasannya.

“Meeting ni penting… meeting tentang penghakiman pertandingan. Pegawai atasan U tak bagitau ke tentang meeting ni?” jelas sebelah sana.
“Enjoy your meeting” Sahut penerima panggilan dengan ringkas sambil menutup panggilan handphonenya tanpa mengucapkan salam atau terima kasih.

Dalam situasi begini siapakah yang patut disalahkan?

Patutkah si penerima panggilan dipersalahkan kerana tidak menghadiri meeting?

Patutkah si penerima panggilan pergi menghadiri meeting tersebut masa tu juga sedangkan perjalanan ke tempat meeting memakan masa hampir 2 jam lamanya?

Senerio begini hanyalah salah satu daripada pelbagai kerenah hidup yang SEPATUTNYA TIDAK BERLAKU tetapi TELAHPUN BERLAKU.

Sabtu, 21 Ogos 2010

DAH TAK UJUD LAGI KAH PERASAAN SAYANG?

Tak kenal maka tak cinta.
Dah cinta samalah ertinya sayang.
Dah sama-sama sayang, kenapalah hasilnya dibuang?
Di manakah letaknya sayang?
Dah tak ujud lagikah perasaan sayang?
Dah tak tersisakah perasaan sayang walaupun sedikit?
Oh! ……KEJAM sunggu insan-insan yang membuang bayi mereka!
Tidak takutkah mereka akan balasan yang menanti mereka?


Hari demi hari, kes bayi dibuang semakin menjadi-jadi.
Bertambahnya jumlah bayi dibuang, bertambahlah juga jumlah insan yang dah kehilangan perasaan sayang.

Hiba hati ini setiap kali mendengar berita bayi dibuang. Tak terbayang di fikiran ini bagaimana mereka tergamak membuang darah daging mereka sendiri.
Sedangkan binatang lagi sayangkan anak.........

Ya Allah,…….
Kembalikanlah perasaan sayang kepada mereka …….
Tebalkan perasaan sayang di hati hamba-hambaMu agar tiada lagi nyawa-nyawa kecil terbiar hilang begitu saja.
AMIN.

Akhir kata ....
ALLAH SENTIASA MELIHAT PERBUATAN HAMBANYA.
INGATLAH STIAP PERBUATAN PASTI ADA BALASANNYA.
BERANI BUAT BERANILAH TANGGUNG!
PERTANGGUNGJAWABKAN SETIAP PERBUATANMU
.



Khamis, 19 Ogos 2010

SERUPA TAPI .......


Gambar apa ke ni?
Masjid?
Cuba tengok betul-betul kat label benda tu.


Pertama kali saya tengok benda tu saya juga menyangka ia masjid. Apa tidaknya ..lengkap dengan manara dan kubahnya. Sebiji macam masjid!
"Syukur Alhamdulillah kat Ever Land Korea ni pun ada masjid!" ...saya berkata dalam hati ketika tu, maklumlah inilah kali pertama saya sampai ke tempat ni.
Tapi apabila saya tengok betul-betul...rupanya ....benda tu RESTAURANT! bukan masjid!

Saya ambil pengajaran dari peristiwa ni ....
JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN GAMBARAN LUARAN



Isnin, 16 Ogos 2010

KREATIVITI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI


"KREATIF"
Perkataan ni sering kita dengar.
Kita juga sering diarahkan untuk lebih kreatif.
Tapi .... Bila kita perlu kreatif?
Siapa pula yang biasanya lebih kreatif?

Kreatif bukan hanya milik orang-orang seni.
Bukan juga hanya milik para pereka apa jua bahan ciptaan.
Jauh sekali hanya milik para pencipta hasil seni.

Ia adalah milik semua.
Tidak kira tua ataupun muda.
Berpendidikan tinggi ataupun tidak.
Dan ......
Tiada batasan untuk kita lebih kreatif.
Lihat sajalah gambar ni .
......


Begitu kreatifnya pemilik benda ini.
Benda ni digunakan untuk membawa peralatan yang diperlukan bagi memudahkan pemiliknya melakukan tugasnya sebagai pembersih.

Betullah .......
Kreativiti boleh meningkatkan produktiviti.




Sabtu, 14 Ogos 2010

Sesekali pergi ke kedai buku dan melihat deretan novel, boleh hilang kawalan dibuatnya.

Niat awal nak beli satu ….
Belek punya belek koleksi yang satu menjadi dua…
Belek lagi dah bertambah tiga …
Belek lagi dan lagi menjadi empat dan lima …..
Belek terussss ……
Ah!.......... semua best!
…..Setengah dozen jadinya!

Tapi ……..
Time nak baca confuse jadinya
Tak tahu yang mana nak dibaca dulu ….
Akhirnya ………………………
Tutup mata dan ambil salah satu ………….. terus baca!








Selasa, 10 Ogos 2010

DURIAN OH DURIAN!






Namamu segagah wajahmu,
Namun …….
Tak semua gentar dengan mu
Kau dimakan semaunya
Yang tinggal hanya kulit dan bijimu.

Baumu sewangi kesturi,
Namun ………
Rasamu tak meyakinkan
Tak ubah kata pepatah “never judge a book from its cover”

Durimu setajam sembilu,
Menggolek kau menang, digolekpun kau menang,
Namun ……
Apabila kau dah berubah nama, semuanya ikut berubah,
Durian dah jadi tempoyak !


Musim durian datang lagi walaupun tanpa diundang.
mmmmm SEDAP!


ikan gulai tempoyak


sambal tempoyak





Khamis, 5 Ogos 2010

PESAN-PESANLAH

Dalam keasyikan kita mengharungi hidup seharian ini, kekadang kita terlimpas pandang dengan kerenah kita sendiri....terlupa dengan gerak laku kita.....

Tanpa disedari kita telah menyinggung perasaan orang lain ......menyesakkan telinga yang mendengar .....meluatkan mata yang memandang

Maka......
marilah kita berpesan-pesan di antara kita....
ingat mengingati mana-mana yang lupa....
tegur menegur mana-mana yang salah.


Jika berjalan di tanah rata,
Jangan mendonggak menadah langit,
Semut di kaki tiada kelihatan,
Jangan pula menunduk bumi,
Nanti tersungkur dalam belukar,
Biar berjalan dengan nyamannya,
Toleh ke kiri toleh ke kanan,
Semua yang ada jelas kelihatan.


Tegak buluh kerana lagaknya,
Semakin tegak semakin angkuhnya,
Jangan diikut buluh dengan lagaknya,
Angkuh tak bertempat buruk padahnya.

Tegak buluh tiada bertempat,
Jangan dipanjat jika gayat,
Jika angkuh tiada bertempat,
Bakal dikenang ke akhir hayat.


Tunduk padi kerana buahnya,
Buahnya lebat penuh isi,
Ikutlah rasmi padi dan buahnya,
Semakin menunduk semakin berisi.

Semakin menunduk semakin berisi,
Ibarat padi dengan buahnya,
Tiada rugi merendah diri,
Ilmu yang ada tiada kurangnya.


Rabu, 4 Ogos 2010

PERJALANAN


Hidup ini satu perjalanan…
Perjalanan yang panjang ……
Penuh liku dan ranjau ….
Menagih seribu pengorbanan ….
Ajaran agama jadikan panduan…
Agar selamat dan tidak tersesat.



Ahad, 1 Ogos 2010

WARNA-WARNI KEHIDUPAN

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai,
Biar kegelisahan lenyap, agar semangat meningkat,
Biar penderitaan menyapa, agar kekuataan menjelma.

Laluilah segalanya dengan penuh kesabaraan dan ketakwaan.

Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Ingatlah .......
Dalam pahit, pasti terselit secebis penawar,
Dalam kesedihan dan kekecewaan, pasti menjanjikan walau sedetik kegembiraan
Dalam kegelisaan, pasti bakal menghasilkan kepastian
Dan.......
Dalam penderitaan, pasti bakal menjelmakan kebahagiaan.




Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Rabu, 28 Julai 2010

TINGGAL KENANGAN

Kejidian 09 Februari 2008 hingga kini menjadi kenangan yang susah untuk dilupakan...telah menjadi peristiwa besar. Dulu.. kejadian begini sering juga berlaku, malah ada kalanya setiap bulan....tapi kejadiannya tidaklah sehebat dan sekejam kali ini......memusnahkan semuanya!

Terasa sayu hati apabila mengenangkan peristiwa itu. Apatah lagi jika pergi ke tempat peristiwa itu terjadi. Apa tidaknya, di situlah saya berkhidmat dalam tempoh masa yang agak lama...dari guru biasa hinggalah menjadi pentadbir sekolah. Pelbagai hal telah ditempohi di tempat itu... dari hal-hal yang manis hinggalah ke hal-hal yang pahit. Malah, adakalanya hal-hal yang masin dan masam terpaksa juga ditempohi .

Di tempat itu jugalah saya banyak belajar……
tentang erti sekolah bagi anak-anak yang terbiar...
erti pendidikan bagi anak-anak yang susah...
erti kehidupan bagi anak-anak yang senang.
Berbekalkan pemerolehan itulah saya cuba mendidik dan menyatukan mereka untuk tujuan yang sama ..."ke sekolah untuk menimba pelajaran buat buat masa depan, bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga tetapi juga untuk membangun negara".

Perasaan hiba dan sayu lebih terasa apabila ada wajah-wajah kecil di situ bertanya…
mengapa mereka terpaksa berpindah ke tempat lain...
mengapa saya tak ikut sama berpindah dengan mereka, dan ……
bilakah mereka akan kembali semula ke situ untuk menjadi menjalani aktiviti bersama seperti sebelumnya.

Peristiwa 09 Februari 2008 telah merubah semuanya.
Jika dulu……. di situ megah berdiri bangunan sekolah tempat saya mencurahkan bakti terhadap negara dan anak bangsa …. tapi kini semuanya telah menjadi kawasan tanah lapang.
Jika dulu …..di situ rioh dengan suara murid-murid menimba ilmu… tapi kini hanya bunyi burung yang kedengaran
Jika dulu …..di situ meriah dengan gelak ketawa guru-guru dan murid-murid….tapi kini ia sunyi sepi seperti tak pernah berpenghuni

Peristiwa itu jugalah ……….
telah menyebabkan saya hanyut terdampar di tempat kerja sekarang
telah merubah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan
telah memisahkan saya dengan guru-guru, kakitangan dan murid-murid tersayang
dan……
telah merubah segalanya.

Kini…
Semuanya hanya tinggal kenangan.


Seluruh kawasan sekolah terendam air selama 3 hari.

Paras air pada jam 8.00 pagi 09-02-2008

Paras air semakin naik sehingga mencecah 10 kaki pada sebelah petang dan menenggelamkan keseluruhan tingkat bawah bangunan sekolah.


Dalam keadaan yang mencemaskan ini budak-budak ini mengambil peluang berseronok main air.



"Misi menyelamat"

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasakan ketika itu.

"Ya Allah selamatkan kami"...Hanya ayat ini yang terlintas difikiran dan tak henti-henti diucapkan sepanjang perjalanan menuju ke bangunan sekolah yang jauhnya kira-kira 1 KM dari kawasan yang tidak dilanda banjir dan paras air yang tinggi dan arus yang deras.


Dengan bantuan anak-anak kampung kami berusaha menyelamatkan apa saja yang belum ditenggelami air.

Keperihatinan dan jasa kalian akan tetap dikenang.



Keadaan bilik darjah selepas banjir.

Tak ada satu pun yang dapat diselamatkan.


Sebahagian dinding sekolah telah roboh dan sebahagiannya hanyut dibawa air.


Beginilah keadaannya sekarang.
Demi keselamatan semua, sekolah ini terpaksa ditutup. Semua murid, guru dan kakitangan dipindahkan ke sekolah lain.


Isnin, 26 Julai 2010

INDAHNYA PANTAI



Ingin ku contohi sifat pantai,
Yang sentiasa tabah menerima pukulan ombak,
Yang tidak pernah menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap kerenah pengunjungnya,
Ingin ku balas kekejaman dengan kebaikan, penghianatan dengan kejujuran,
Tapi……. mampukah aku berbuat demikian.



Ingin ku didik hatiku agar setabah pantai,
Ingin ku semaikan nilai-nilai murni mu di jiwa ini,
Ingin ku hiasi perasaan ini dengan keindahan mu,
Tapi…..mampukah aku berbuat demikian.

Namun ……..
Hatiku tidaklah setabah pantai,
Hatiku tidaklah semurni pantai,
Hatiku tidaklah seindah pantai.
Namun yang pasti,
Aku akan mencuba untuk mencontohi sifat-sifat pantai itu.




Ya Allah,
Berilah aku kekuatan,
Berilah aku ketabahan,
Berilah aku semangat juang,
Agar aku dapat menempuhi segala cubaan ini.


AMIN.



Sabtu, 24 Julai 2010

CIRI-CIRI PEMIMPIN SEJATI


"Inginkan mutiara, selamilah lautan,
Inginkan bahagia, tempuhilah penderitaan,
Inginkan kedamian, jauhnilah persengkitaan,
Inginkan kejayaan dalam kepimpinan, milikilah ciri-ciri pemimpin sejati."
CIRI-CIRI PEMIMPIN SEJATI:

- bukan hanya pandai bermimpi tetapi berusaha menjadikan mimpi menjadi realiti,

- tidak gentar dengan kritikan, bahkan kritikan dijadikan motivasi untuk berjuang

- tinggi jati diri, tidak mabuk sensasi,

- bukan melukai tetapi mengubati,

- tidak berduka kala dipinggirkan, tidak kecewa walau tak dihargai kerana
matlamatnya hanyalah redha Illahi,

- tidak mudah menyalahkan rakan atau bawahan, tetapi bersama mencari penyelesaian dan pendekatan,

- tidak khuatir tentang kebolehan kawan, tidak bimbang kelebihan rakan, tetapi memanfaatkan semua potensi itu untuk kejayaan bersama,

- ikhlas dan tegas, bukan culas dan waswas,

- bersiap menyediakan pelapis berwibawa, tidak dihantui ‘saingan kerusi’ lalu mencantas saudara sendiri.

- jatuh tidak mengheret lawan, naik tidak menginjak kawan,

- berterus terang dan memilih keterbukaan,tidak merendahkan rakan dan menutup pandangan bawahan.

- berjuang untuk menang bersama, jika rebah bangkit semula, maju untuk satu jemaah (organisasi)

- menjadikan organisasi wadah perjuangan, bukan juadah mengaut keuntungan.

- bukan meninjau dari atas, tetapi sering turun kebawah sambil bermuhassabah.

- tidak ‘mengarah’ tetapi membimbing menunjuk arah.







Khamis, 22 Julai 2010

LAIN PADANG LAIN BELALANG



"Lain Padang Lain Belalang"
Betul sangatlah kata pepatah ini.
Sesuai dengan keadaan yang dilalui sekarang .....
"Lain ketua lain caranya"


Pening kepala ni memikirkannya.
Nak buat yang ni salah....jika tak buatpun salah.
Semuanya serba salah.....

Hajat di hati nak produktif tapi apakan daya......terlalu banyak limition yang diberikan....limition yang tak logik rasanya untuk digariskan

Apalah nak jadi jika berterusan cam ni....

Entah-entah diri ni akan expire sebelum tempohnya....burn out sebelum masanya...........

Harap-haraplah semua ni hanya sementara ......

"UNDER CONSTRUCTION"


Isnin, 19 Julai 2010

JANGAN ..JANGAN...JANGAN



Dalam mengharungi kehidupan seharian, kita tidak luput dari menggunakan perkataan JANGAN.
JANGAN....JANGAN......DAN....JANGAN
Walau di manapun atau bila ia digunakan, ia semata-mata bertujuan untuk memberi peringatan tentang sesuatu kepada kita.

Ikutilah petikan berikut.....
-
-
-
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
-
-
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
-
-
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
-
-
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
-

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal .
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
-
-
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-
-
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
-
-
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
-
-
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
-
-
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
Kerana mati boleh datang bila-bila masa.
-
-
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
-
-
Jangan mengumpat sesame rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
-
-
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
-
-
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
-
-
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa
-
-
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
-
-
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan,
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
-
-
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
-
-
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
-
-
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.